Hi style tak pic kat atas ni hehe...wira2 malaysia ni kekekeh..
Haritu aku dan kawan aku yang dua orang ni pergi ke Galactic Laser untuk membuat research sikit pasal laser tag game ni.
Laser tag ni memang menyeronokkan, best, penuh cabaran dan memenatkan haha. Betul, sangat penat..tapi syok boleh hilangkan stress. Bila tengok2 dan fikir2 laser tag ni sama macam paintball. Cuma bezanya laser tag ni Indoor, Menggunakan laser gun dan tidak sakit/lebam bila kena tembak. So its fun. Malah budak2 dan pakcik makcik yang takde gigi pun boleh main game ni haha.
Haa... sebelum main mestilah ada briefing sikit cara2 nak main, menembak, menyorok dan sebagainya. So takde lah rasa noob sangat bila tengah main nanti haha. Selepas briefing baru lah pergi ke bilik equipment. Dekat situ ada banyak baju yang disediakan. Setiap baju tu ada nama yang berlainan. Pilih je yang mana suka.
Dah pakai equipment semua then baru boleh masuk arena laser tag. Tempat dia serious memang gelap gelita. Sape yang takut gelap tu susah lah dia haha..Tempat tu cuma ada cahaya UV je yang kelihatan. Memandangkan gelap jadi ia boleh mendatangkan kemalangan seperti terhantuk dekat dinding.. Terabur gigi nanti haha. So perlu beraksi dengan berhati-hati jangan berlari-lari dalam tu ye.
Ni dia score yang akan terpapar dekat luar selepas habis game. Team aku warna merah. Haa ye team aku telah tewas .. sedih sangat :'( . Biasalah first time main kan..Apapun laser tag ni memang best ! Tak rugi mencuba. Kalau korang rasa nak main pergi je dekat Mid valley Megamall atau Sunway Pyramid. Jangan lupa ajak aku sekali hehe :D


uihhh bestnyaaaaa :OOO
ReplyDeleteBestkan hehehe
ReplyDelete